19 Februari 2017

Semak Status HALAL Secara Online Dan SMS

Semak Status HALAL Secara Online Dan SMS. Di Malaysia boleh dikatakan tiada kerisauan hendak mencari makanan halal atau produk kerana penduduknya majoriti beragama ISLAM. Dan jangan lupa, di Malaysia ada pelbagai bangsa dan agama..huhu. Apa yang pasti, senang nak mencari makanan halal, logo halal terpapar di setiap restoran..

Cari makanan yang halal dan bersih..

Tapi..

Bagaimana kalau was-was nak makan makanan tersebut ? Adakah makanan itu halal ? Jika was-was, seharusnya anda jangan makan. Pastikan anda tahu dimana nak rujuk status halal makan tersebut. Adakah anda Tahu ?..

Semak Status HALAL Secara Online Dan SMS


Berikut akan kami kongsikan cara nak semak status halal sesuatu barang secara online dan sms. Anda seharusnya kena peka sebagai umat Islam, agama Islam sangat mengambil berat terhadap makanan atau barang yang digunakan atau dimakan..

Semak halal online dan SMS..

Berbalik pada logo halal yang dikeluarkan oleh JAKIM, pastikan anda tahu logo halal yang original dan logo palsu. Berwaspada bila makan di permis-permis makanan seperti restoran, ada jugak pihak yang tidak bertanggungjawab hanya memikirkan keuntungan tanpa menghormati agama lain..

Rujukan logo halal untuk anda..


Semak Status HALAL Secara Online Dan SMS


Semak Status HALAL Secara Online Dan SMS


Semak Status HALAL Online

Ada dua pilihan untuk anda membuat semakan halal samada melalui SMS atau Online. Berikut akan kami kongsikan kedua-dua caranya, anda manfaatkan info ini untuk diri sendiri dan keluarga. Semakan online halal online boleh dibuat..

Semak halal online > Portal Halal
Senarai badan halal di luar negara > Portal Halal
Senarai pekeliling pensijilan halal > Portal Halal
Persijilan dan garis panduan > Halal Portal

Ini untuk semakan online..

Semak Status HALAL SMS


Anda jugak boleh buat semakan secara SMS jika ingin mengetahui status halal barangan dari syarikat dalam negara atau luar negara. Berikut kami kongsikan langkahnya..



Taip HALAL<jarak> SEMAK<jarak>[No. Pendaftaran Syarikat - ROC] dan SMS ke 15888..

Jika anda ragu-ragu dalam memastikan produk atau makanan tersebut, ada dua kaedah yang telah kami kongsikan. Pastikan gunakan salah satu kaedah semakan halal tersebut..

Dengan sedikit perkongsian secara ringkas ini, dapat membantu umat islam di luar sana. Lebih-lebih lagi yang menetap di Malaysia. Mana satu yang halah atau mana satu yang haram. Semoga bermanfaat untuk anda..

Sekian..

Terima kasih membaca blogpost Semak Status HALAL Secara Online Dan SMS..

0 comments

Catat Ulasan