12 Mac 2017

Bagaimana Cara Membuat Rayuan BR1M 2017


Bagaimana Cara Membuat Rayuan BR1M 2017. Oleh sebab BR1M 2017 ramai yang gagal dalam permohonan, tak dinafikan ramai yang marah kerana tidak dapat lagi bantuan dari kerajaan seperti yang mereka dapat pada tahun sebelum-sebelum ini..

Harap rakyat Malaysia banyak bersabar..

Buat mereka yang gagal dalam permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M. Adakah anda tahu boleh membuat permohonan rayuan brim semula. Jadi, kalau rasa anda memang layak mendapatkan bantuan dari kerajaan. Harap ambil tindakan segera kerana pemohonan rayuan semula akan dibuka..

Bagaimana Cara Membuat Rayuan BR1M 2017

Bagaimana Cara Membuat Rayuan BR1M 2017

Jika anda mecari info Bagaimana Cara Membuat Rayuan BR1M 2017, kami terangkan secara ringkas apa yang anda perlu lakukan. Pemohonan rayuan semula BR1M 2017 boleh dibuat secara manual dimana-mana jabatan hasil dalam negeri (LHDN) termasuk di Pusat Khidmat Hasil (PKH) dan Pusat Transformasi Bandar (UTC)..

Cari cawangan berdekatan dengan anda..

Tunggu dulu, jangan membuat rayuan sekarang..huhu. Tarikh untuk membuat rayuan semula BR1M akan dibuka pada 3 April 2017 sehingga tarikh akhir pada 31 Mei 2017. Ada tempoh dalam sebulan lebih untuk membuat rayuan brim anda..


Borang Rayuan BR1M 2017

Selain boleh mendapatkan borang manual di LHDN, anda jugak boleh memuat naik borang tersebut melalui web ebrim. Jika tidak tahu cara nak download, tanya mereka-mereka yang pakar seperti anak anda atau sanak saudara..huhu..

Kalau sudah dapatkan borong tersebut..

Anda isi borong selengkapnya dan hantar di mana-mana cawangan lembaga hasil dalam negeri yang berdekatan, itu terpulang pada anda. Bawa dokumen lengkap seperti kad pengenalan anda dan pasangan, slip gaji, tanggungan, sijil kematian, pernyata akaun bank, sijil pengesahan cerai dan sebagainya yang berkaitan dengan rayuan brim tersebut..

Bagaimana Cara Membuat Rayuan BR1M 2017


Untuk pertanyaan lanjut permohonan rayuan brim, anda boleh hubungi..

Hotline BR1M MOF :
03-8882 4565 /
03-8882 4566

Hotline BR1M LHDNM :
1-800-88-2716

eMel :
br1m@treasury.gov.my

Untuk maklumat lanjut layari : https://ebr1m.hasil.gov.my/


Dengan info ini dapat membantu mereka-mereka diluar sana yang ingin membuat pemohonan rayuan BR1M 2017. Dan jangan berasa sedih kerana gagal, anggap lah tiada rezeki..

Semoga bermanfaat..

Terima kasih membaca blogpost Bagaimana Cara Membuat Rayuan BR1M 2017..
 

1 comments:

  1. semoga semua yang buat rayuan br1m dapat br1m

    BalasPadam