28 Mac 2017

Biodata Sari Yanti Drama Cik Serba Tahu 2017

Biodata Sari Yanti Drama Cik Serba Tahu 2017. Selepasnya tamat Drama Dia bidadariku, kini Astro Ria memperkenalkan drama baru iaitu Cik Serba Tahu. Pastinya anda mengenali Sari Yanti, tahun ini beliau telah berkahwin dengan Jep dari kumpulan lawak popular iaitu Sepahtu..

Hari ini Drama Cik Serba Tahu baru ditayangkan..

Jadi, jangan lepaskan menonton drama ini setiap episod bermula malam ini. Jika anda rindu lakonan Sari Yanti, boleh menonton di Astro Ria dan Maya HD setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Biasanya lakonan beliau tidak mengecewakan seperti dalam drama lakonan beliau sebelum ini..

Biodata Sari Yanti Drama Cik Serba Tahu 2017


Biodata Sari Yanti Drama Cik Serba Tahu 2017

Bagi mereka yang hendak tahu serba sedikit tentang Sari Yanti, berikut kami kongsikan secara ringkas Biodata Sari Yanti Drama Cik Serba Tahu 2017. Pasti ada dikalangan anda yang mencari maklumat tentang beliau, kan..

Nama Penuh : Sari Yanti Dato' Mohamad Nazari
Nama Artis : Sari Yanti
Asal : Negeri Sembilan
Umur : 32
Tarikh lahir :9 November 1984

Suami : Jep(Sepahtu)
Pendidikan : Diploma Pengajian Perniagaan.
Drama : Kisah Kaisara, Annisa, Mail & Sudin Sambut Ramadan, Jawatan Kuasa Kalut dan Cik Serba Tahu
Filem : Impak Maksima, Misteri Jalan Lama

Sinopsis Drama Cik Serba Tahu 2017

Okey, melalui drama yang dilakonkan dalam drama ini, kami kongsikan ringkasan sinopsis Drama Cik Serba Tahu..

Bermacam-macam cara yang dilakukan Carl Adham untuk memikat Aerna. Mendapatkan hati gadis itu bukan semudah yang disangka. Sukar untuk Aerna menerima lelaki itu. Mana tidaknya, mereka baru saja bertemu. Tiba-tiba lelaki itu ajak dia tunang kemudian bernikah?

Rakan pejabat menggelarkan Aerna sebagai Cik Serba Tahu kerana segala gerak hati dan tekaannya sentiasa betul. Banyak rahsia yang dia tahu terutama tentang Encik Ben dan Encik Bun. 


Sikapnya itu membuatkan bapanya sendiri khuatir jika dia lupa akan kepentingan dirinya sendiri. Ini menyebabkan bapanya nekad untuk menerima siapa sahaja calon suami pilihan anaknya asalkan dia berkahwin.


Jadi..

Ingin tahu apa jadi pada mereka berdua, kena la follow drama ini dari awal hingga akhir. Follow drama terbitkan astro ria setiap isnin hingga khamis jam 10.00 malam. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan setiap episod..

Semoga terhibur..

Terima kasih membaca artikel Biodata Sari Yanti Drama Cik Serba Tahu 2017..

0 comments

Catat Ulasan