09 Mac 2017

Kenapa BR1M 2017 Anda Ditolak ?


Kenapa BR1M 2017 Anda Ditolak ? Kenapa Bantuan Rakyat 1 Malaysia atau BR1M anda ditolak ? Adakah sebab mendaftar lesen perniagaan SSM. Ya, mendaftar SSM jugak salah satu punca anda gagal pemohonan BR1M 2017..

Dan..

Kami telah terbitkan blogpost tersebut..

Sebenarnya banyak lagi sebab yang akan membuatkan anda gagal dalam permohonan BR1M 2017. Jadi, semasa mengisi pemohonan brim anda, sila berhati-hati dan baca dengan teliti..

17 Sebab BR1M 2017 Anda Ditolak

17 Sebab BR1M 2017 Anda Ditolak

Tanpa membuang masa lagi, berikut kami kongsikan secara ringkas kenapa atau punca yang akan membuatkan anda gagal dalam permohonan BR1M 2017. Apa yang pasti, rugi jika silap isi borong tersebut..

  • Pertama, tidak mengemaskini permohonan BR1M dalam tempoh 3 tahun kebelakangan (2014) terutamanya penerima BR1M sedia ada. 
  • Kedua, kemampuan pemohon memiliki kenderaan melebihi syarat kelayakan. 
  • Ketiga, maklumat pendapatan pemohon/pasangan/tanggungan perlu pengesahan (SSM) sekiranya perniagaan berdaftar. 
  • Keempat, pemohon berstatus kahwin tetapi tiada maklumat pasangan (perlu pengesahan). 
  • Kelima, pemohon berstatus kahwin tetapi maklumat pasangan tidak lengkap (perlu pengesahan).
  •  Keenam, maklumat tanggungan tidak lengkap. 
  • Ketujuh, pemohon wujud sebagai suami/isteri pada permohonan lain atau suami/isteri telah membuat permohonan lain
  •  Kelapan, pemohon merupakan pelajar yang menerima Kad Debit Pelajar. 
  • Kesembilan, pemohon kategori individu (bujang) wujud sebagai tanggungan kepada pemohon kategori isi rumah. Ia akan menyebabkan permohonan kategori individu (bujang) itu gagal. 
  • Kesepuluh, pemohon mendakwa diri sebagai ketua kepada isi rumah, tetapi tidak meletakkan nama tanggungan mereka atau nama tanggungan itu tidak benar. 
  • Sebelah, nombor pengenalan pemohon tidak wujud di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). 
  • Duabelas, nama pemohon berbeza dengan data JPN. 
  • Tigabelas, permohonan ditolak kerana nama telah digunakan oleh pemohon yang lain sebagai tanggungan
  •  Empatbelas, permohonan lebih daripada satu kali. 
  • Limabelas, terdapat pengulangan identiti dalam borang permohonan yang sama atau berbeza. 
  • Enambelas, nama pasangan/ tanggungan berbeza dengan data semakan agensi terlibat. 
  • Tujuhbelas, kesilapan semasa mengisi borang permohonan secara online atau manual.

Jika diperhatikan banyak agensi yang terlibat dalam Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Ada boleh menyemak sendiri menerusi link ebrim ini. Jadi, dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam permohonan di masa akan datang..

Semoga bermanfaat..

Terima kasih membaca artikel Kenapa BR1M 2017 Anda Ditolak ?..
 

0 comments

Catat Ulasan