04 Mac 2017

Wanita Pertama Mengelilingi Kesemua Negara Di Dunia


Wanita Pertama Mengelilingi Kesemua Negara Di Dunia. Tahukah anda negara di seluruh dunia berapa kesemuannya ? Dan tahukah siapa wanita pertama yang mengeliling kesemua negara tersebut..

Siapakah wanita bertuah itu..

Adakah wanita dari Malaysia ? Tidak, jangkaan anda meleset sama sekali. Mungkin suatu hari nanti akan ada wanita dari Malaysia yang berjaya mengeliling kesemua negara di dunia..huhu. Kami pun nak mengeliling dunia jugak..

Wanita Pertama Megelilingi Kesemua Negara Di Dunia

Wanita Pertama Mengelilingi Kesemua Negara Di Dunia

Wanita tersebut adalah Cassie De Pecol berasal dari Amerika Syarikat dan masih muda lagi iaitu 27 tahun. Beliau menjelajah kesemua negara dalam masa 18 bulan dengan semua negara berjumlah 196..

Jalan terus jalan..

Beliau telah mengembara di kesemua 196 negara termasuk Taiwan, Kosovo dan Palestin sejak memulakan ekspedisi pada Julai 2015. Menurutnya lagi, pengembaraan tersebut telah menelan perbelanjaan sebanyak $198,000 (RM880,902) dan melibatkan 280 penerbangan..

Tersenarai Dalam Guinness World Record

Selepas pengembaraan yang pastinya memenatkan dan destinasi terakhirnya di Yaman. Nama berliau akan tersenarai dalam Guinness World Record sebagai wanita yang berjaya mengelilingi semua negara di dunia ini..

Fuhh, semangat yang harus dicontohi..

Walaupun berjaya mengembara ke tempat-tempat luar biasa di seluruh dunia, Ia mengakui bukan satu ekspedisi yang mudah. "Walaupun apa yang anda mungkin berfikir, ekspedisi ini bukan sesuatu yang mudah," katanya..


Wanita Pertama Mengelilingi Kesemua Negara Di Dunia

Minat Mengeliling Dunia

Menurut beliau, sejak zaman sekolah lagi memang sangat berkeinginan untuk melawat setiap negara di dunia kerana tertarik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai budaya, habitat semula jadi dan agama..










Melangkah ke setiap negara suatu yang menarik..

Siapa tak minat mengembara ke seluruh dunia, kan. Kami pun macam tu, anda pulak bagaimana ? Sebelum berakhirnya blogpost ini. Biasanya bila melawat sesebuah negara, ia akan menghabiskan 2 hingga 5 hari dalam negara tersebut..

Semoga dapat dijadikan motivasi dengan cerita wanita ini..

Terima kasih membaca blogpost Wanita Pertama Mengelilingi Kesemua Negara Di Dunia..






0 comments

Catat Ulasan