10 Mei 2017

5 Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik


5 Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik. Setiap tahun pada 16 Mei sambutan hari guru akan diadakan. Untuk tahun 2017 ini, murid-murid atau Ibubapa pelajar sibuk mencari cenderhati untuk diberikan kepada guru-guru mereka. Ia disambut untuk menghargai jasa dan pengorbanan setiap guru di dunia. Mulianya tugas sebagai guru ini sehingga disambut setiap tahun dengan kata Selamat Hari Guru..

Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik

5 Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik


Mungkin ada dikalangan anda yang pening untuk memberi hadiah hari guru, hadiah apa untuk diberikan kepada guru-guru. Berikut kami kongsikan 5 Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik yang mungkin boleh diberikan kepada mereka. Antaranya ialah..

Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik

Seni Khat Kuhfi + Tulisan rumi Selamat Hari Guru

Hadiah ini menarik yang boleh diberikan oleh guru dengan seni khat bertulisan rumi. Info lanjut anda boleh dapatkan melalui blog Tuan Anuar..

Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik

Pencil Case atau Kotak Pensil

Cikgu, kan selalu membawa pencil case ke mana-mana, isi dalamnya macam-macam ada. Jadi, apa kata kalau anda hadiahkan barang ini dengan tulisan selamat hari guru..

Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik

Penanda Buku

Hadiah ini menarik juga untuk diberikan disamping modalnya yang rendah. Beli banyak-banyak dan hadiahkan pada setiap guru-guru anda. Pastinya guru anda tersenyum gembira dengan hadiah ini..

Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik

Kad Ucapan Tulisan Sendiri

Zaman kami bersekolah dulu, hadiah kad dengan kata-kata sendiri antara menjadi pilihan murid-murid. Anda boleh cuba membuatnya dan bagi pada guru anda..

Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik

MUG Ucapan Selamat Hari Guru

Ada duit lebih sikit, anda boleh membuat tempahan hadiah mug dengan ucapan selamat hari guru. Dan hadiah ini antara pilihan untuk diberikan kepada guru-guru mereka..


Ini antara idea-idea yang mungkin boleh diberikan kepada guru anda. Tapi ia bergantung pada pilihan murid-murid. Apa yang penting, keikhlasan anda yang dihargai oleh cikgu..

Hari Guru Di Malaysia


Sedikit info yang dapat dikongsikan tentang hari guru. Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.


Sumber yang diambil melalui wiki..

Jadi..

Dengan hari guru yang semakin cepat untuk disambut. Melalui blogpost di laman ini, memberikan idea untuk anda memilih hadiah untuk hari guru. Akhir kata dari kami semua " Selamat Hari Guru"..

Semoga bermanfaat..

Terima kasih membaca blogpost 5 Hadiah Hari Guru 2017 Terbaik..
 

0 comments

Catat Ulasan