08 Mei 2017

Drama Arluna Di Astro Prima


Drama Arluna Di Astro Prima. Drama terbaru terbitan Astro iaitu Arjuna akan ditayangkan pada 8 Mei 2017 mengantikan drama Papa Ricky. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd akan ditontonkan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang melalui channel Astro Prima (104). Dengan ini, jangan lupa menonton drama Arluna yang diterbitkan oleh Astro untuk peminat-peminat setia mereka..

Drama Arluna Di Astro Prima

Drama Arluna Di Astro Prima


Berikut kami kongsikan sedikit info Drama Arluna Di Astro Prima untuk anda yang menghargai karya tempatan. Antara info tersebut..

JUDUL : ARLUNA
EPISOD : 16 episod
TARIKH / MASA : 8 Mei 2017, Isnin-Khamis, 10.00 malam
SALURAN : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
PENGARAH : Emi Suffian
NOVELIS : Rin Ahmad
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen

WATAK PELAKON
Saharul Ridzwan sebagai Johan Arif
Anzalna Nasir sebagai Nia Arluna
Adeline Tsen sebagai Fazleen
Putri Najuwa sebagai Hanna
Zoey Rahman sebagai Raziq


Drama Arluna Di Astro Prima


Sinopsis Drama Arluna


Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Nia terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?


Menarik, kan sinopsisnya..

Jadi, anda boleh menonton drama tersebut bermula hari ini di Astro Prima. Biasanya cerita yang di adaptasi dari Novel memang menarik, lagi-lagi kalau pelakon tersebut berjaya menghidupkan wataknya. Memang menarik..huhu..

Semoga terhibur..

Terima kasih membaca blogpost Drama Arluna Di Astro Prima.. 


Kredit > Wiki Drama Arluna
 

0 comments

Catat Ulasan