14 Mei 2017

Hari Guru 2017 | Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara


Hari Guru 2017 | Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara. Terkini blogpost ini dicoretkan, tinggal dua hari lagi hari guru akan disambut dan sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. Sudahkan anda terfikir apa untuk diberikan sebagai hadiah hari guru. Buat pengetahuan anda, tema hari guru tahun ini ialah Guru Pembina Bangsa Negara..

Hari Guru 2017 | Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara

Hari Guru 2017 | Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara


Bila sampai hari guru nanti, jangan lupa nyanyi lagu ini. huhu. Jadi, berikut kami kongsikan info Hari Guru 2017 | Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara. Antara liriknya ialah..

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demimu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Ciptaan oleh : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik ialah Marzuki bin Tambi



Hari Guru 2017 | Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara

Hari Guru Di Malaysia


Sedikit info yang dapat dikongsikan tentang hari guru. Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Sumber yang diambil melalui wiki..



Video Lagu Guru Pembina Bangsa Negara


Berikut kami kongsikan info Video Lagu Guru Pembina Bangsa Negara untuk murid-murid dan Ibubapa..

   

Selamat hari guru untuk guru-guru kami dan seluruh guru di dunia. Jasamu tetap dikenang..huhu..

Semoga bermanfaat..

Terima kasih membaca blogpost Hari Guru 2017 | Lirik Lagu Guru Pembina Bangsa Negara..


0 comments

Catat Ulasan