10 Mei 2017

Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang


Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang. Ibaratkan bila sampai hari lahir kita, pastinya tertunggu ucapan hari lahir dari insan tersayang di sekeliling kita samada dari Ibubapa, adik-beradik, suami isteri dan rakan-rakan. Begitu juga bila hendak bagi ucapan hari lahir untuk orang kesayangan. Kata-kata ini dapat memberikan kegembiraan untuk diri kita atau orang tersayang. Ucapan Hari Lahir memang bermakna untuk semua orang..

Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang

Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang


Buat anda yang tercari-cari kata-kata menarik untuk diberikan nanti pada insan yang tersayang. Berikut kami kongsikan sedikit info Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang. Antaranya ialah..


  1. Terima kasih kerana selalu berada disisi ku dalam semua keadaan. Aku sayang kamu, kawan baik ku. Diriku begitu teruja untuk berkongsi hari istimewa mu. Semoga Hari jadi mu akan menjadi benar-benar istimewa. 
  2. Tarikh lahir adalah satu peristiwa yang begitu indah. Tetapi bagi ku, ia adalah satu hari istimewa di mana peluang untuk ku bersyukur kepada Tuhan untuk semua persahabatan yang kamu hulurkan.
     
  3. Pada hari lahir mu ini, aku ingin mengambil sedikit masa untuk menulis tentang semua masa indah yang telah kita kongsi bersama-sama. Diriku berterima kasih untuk pengalaman dan semua perkara yang kita lakukan sebagai sahabat. Aku berharap semoga ada lebih banyak lagi kenangan yang boleh dicipta bersama. 
  4. Sahabat, hari ini adalah hari jadi mu! Adakah kamu tahu apa yang bermakna? Ia adalah masa untuk menikmati kegembiraan dan bersyukur dengan apa yang kamu miliki. Tetapi jangan lupa untuk berfikir tentang semua hasrat yang kamu inginkan! Nikmatilah memori ini.
     
  5. Kita akan menjadi kawan terbaik selama-lamanya. Aku tak tahu nak kata apa pada hari ulang tahun ini, tetapi Selamat Hari lahir! Aku ingin dirimu selalu ada pada masa-masa akan datang meraikan harijadi ku juga.
     
  6. Selamat Hari lahir!! Diriku berharap hari-harimu dipenuhi dengan kasih sayang dan ceria! Kami semua mengucapkan selamat hari jadi dan semoga harapan mu menjadi kenyataan.
     
  7. Setiap tahun yang berlalu adalah satu lagi peringatan bagaimana kuat persahabatan kita. Jadi aku ingin mengucapkan "Happy Birthday", semoga setiap impian menjadi kenyataan, kerana kamu adalah orang yang berhak menerima mimpi-mimpi indah!
     
  8. Sahabatku! Biarlah hari ini penuh dengan sambutan penuh kegembiraan. Aku berharap ia hari jadi yang luar biasa dan hebat!
     
  9. "Ukhwah fillah takkan musnah, lautan erat takkan mungkin patah. Bertemu, berpisah hanya KENANGAN SEMATA. Redho Allah, Kita cari. Moga-moga kita kan di Rahmati. Dengan niat yang suci, bertemu kembali di negeri Abadi. Salam kemaafan. Salam Ulangtahun..."
     
  10. Selamat hari lahir saudaraku. Semoga memanfaatkan usia yang diberi oleh Allah ini. Dan, semoga menjadi insan yang cemerlang dan terbilang dari segi imannya. Semoga dimurahkan rezeki dan mendapat apa yang dihajati. Amiin..
     
  11. Aku berharap hari istimewa mu ini penuh dengan keseronokan, kebahagiaan dan segala-galanya yang kamu inginkan.
     
  12. Diriku gembira kerana kamu dilahirkan, kerana dirimu menerangi hidupku dengan kegembiraan. Selamat Menyambut hari lahir dipenuhi dengan kemeriahan dan kegembiraan. Berharap hari-harimu akan menjadi amat istimewa walau di mana kamu berada. Selamat Hari lahir!
     
  13. Selamat hari lahir! Hari ini adalah hari dimana dirimu telah dibawa ke dunia ini untuk menjadi inspirasi kepada orang di sekelilingmu! Kamu adalah orang yang indah. Semoga kamu diberikan keberkatan pada hari lahir untuk memenuhi semua impian mu.
     
  14. Kerana, hari ini adalah hari yang istimewa untuk sekadar menghantar ucapan hari lahir. Jadi aku doakan dirimu dapat mencapai segala impian dan jadikan ia tempoh setahun yang cukup bermakna kepada mu!
     
  15. Matahari bersinar lebih terang hari ini sebagai satu cara untuk mengucapkan Happy Birthday. Hari ini, aku ingin doakan semua impian mu menjadi kenyataan. Bersyukurlah setiap hari, dan ia bukan setakat hari lahir! Raikan hari indah ini dengan senyuman!
     
  16. Hari lahir adalah satu permulaan yang baru dan masa untuk meneruskan usaha dengan matlamat baru. Bergeraklah ke hadapan dengan keyakinan dan keberanian. Kamu seorang yang sangat istimewa. Semoga hari ini dan seterusnya, harimu menjadi luar biasa!
     
  17. Harijadi adalah tentang umur, bukan mengira sudah tuakah kamu. Kiralah keberkatan dan pengalaman indah yang kamu ada, bukan kesilapan yang telah di buat di sepanjang usiamu.
     
  18. Lupakan masa lalu, pandanglah ke depan, demi perkara-perkara terbaik yang belum kunjung tiba. Selamat hari lahir.

Sebahagian ucapan hari lahir untuk insan tersayang..


Ucapan Hari Lahir Setiap Tahun


Bagi kami semua, memperingati hari lahir seseorang terutama orang tersayang harus diucapankan setiap tahun. Biasanya ia disambut dengan mengadakan doa selamat, jamuan dan melancong. Bergantung pada individu itu sendiri..

Selamat hari Lahir untuk kami..huhu..


Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang


Jadi..

Dengan sedikit perkongsikan ucapan hari jadi membuatkan anda memberi ucapan yang bermakna untuk mereka yang menyambutnya. 

Semoga bermanfaat..

Terima kasih membaca blogpost Koleksi Ucapan Hari Lahir Terbaik Buat Orang Tersayang..


Sumber > Aynorablogs  
 

0 comments

Catat Ulasan