28 Mei 2017

Panduan Menunaikan Solat Terawih


Panduan Menunaikan Solat Terawih. Buat anda yang mencari cara menunaikan solat terawih untuk kemudahan anda menunaikan solat sunat ini di mana-mana. Dari web JAKIM, pihak tersebut ada mengeluarkan panduan solat terawih dalam format PDF. Di bulan Ramadan yang mulia ini, sama-sama kita memperbanyakkan ibadah dan mengandakan pahalanya..

Panduan Menunaikan Solat Terawih


Panduan Menunaikan Solat Terawih


Panduan yang disediakan JAKIM ini akan memudahkan anda memperlajarinya. Jika anda ingin belajar, berikut kami sediakan link download Panduan Menunaikan Solat Terawih..

Klik Sini > Panduan Menunaikan Solat Terawih



Sunnah Rasulullah SAW



Bilangan rakaat Solat Sunat Tarawih yang biasa dilakukan Rasulullah SAW adalah 11 rakaat; terdiri dari 8 rakaat solat Tarawih dan 3 rakaat Solat Sunat Witir. Jumlah ini dipilih oleh kebanyakan umat Islam Malaysia.


Solat sunat Ramadhan lapan rakaat oleh Rasulullah SAW, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.a. di rumah, adalah yang minimum kerana Baginda SAW memanjangkan rakaatnya.


Abu Salamah r.a pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang solat malam Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah rakaat solatnya di bulan Ramadan dan atau bulan lain melebihi sebelas rakaat. Baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat empat rakaat, jangan engkau tanya betapa bagus dan panjangnya solat baginda. Kemudian, baginda solat tiga rakaat (witir).” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Sahihnya, no: 1147.


Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah r.h menyatakan di dalam kitabnya Majmu’ al-Fatawa, mengenai solat qiyam Ramadan (solat Tarawih); “Nabi SAW tidak pernah menetapkan jumlah rakaatnya. Namun, baginda sendiri tidak pernah mengerjakannya melebihi 11 atau 13 rakaat sama ada pada bulan Ramadan atau bulan lain. Baginda melakukan solat qiyam dengan memanjangkan rakaatnya.”


Aishah r.a. meriwayatkan lagi; Rasulullah SAW solat (Tarawih) empat rakaat pada waktu malam, setelah itu beristirehat. Baginda duduk lama sehingga saya kasihan melihatnya. Saya berkata kepadanya: “Demi Allah wahai Rasulullah! Dosa-dosamu telah diampuni Allah, sama ada dosa yang terdahulu dan yang terkemudian; maka untuk apakah tuan bersusah payah solat seperti ini?”

Baginda SAW menjawab: “Bukankah lebih baik kalau aku menjadi hamba yang bersyukur?”



Sumber > shafiqolbu


Jadi dengan info ini dapat memberi manfaat pada kita semua. Mari lah kita sama-sama memperbanyakkan ibadat di bulan Ramadan ini..

Terima kasih membaca blogpost Panduan Menunaikan Solat Terawih..
 

0 comments

Catat Ulasan