11 Mei 2017

Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara


Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara. Bulan Mei adalah bulan yang istimewa untuk golongan guru-guru kerana pada setiap tahun 16 Mei akan diadakan sambutan hari hari guru di Malaysia. Untuk tema hari guru 2017 iaitu pada tahun ini ialah Guru Pembina Bangsa Negara. Melalui laman ini, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru yang tidak mengenal penat lelah mengajar selama ini..

Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara

Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara


Hari guru yang diadakan beberapa hari lagi ini, sudahkah anda membeli hadiah hari guru terbaik untuk diberikan kepada mereka. Berikut kami kongsikan info Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara..

Tema ini dipilih kerana..
  1. Memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan
  2. Seterusnya, guru juga berperanan membangunkan negara dan mencipta pelbagai kejayaan sehingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.


Definasi Guru Pembina Bangsa Negara


Berikut dihuraikan Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara..

Guru
Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.


Pembina
Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan. Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan. 


Negara Bangsa
Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan. Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.


Huraian
  • Tema Hari Guru ini dicadangkan untuk menunjukkan bahawa dalam menjayakan agenda pendidikan negara dan menyahut cabaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025. Guru ialah agen penting dalam meperteguh peradaban bangsa melelui pendidikan.
  • Peradaban bangsa di Malaysia akan terus utug dan mantap hanya apabila bidang penddikan dapat memastikan generasi yang dilahirkan adalah generasi holistik cemerlang yang mampu memenuhi keperluan kepesatan pembangunan negara dan keperluan global. Pendidikan yang baik dan bersepadu memandu manusia untuk berfikir, merancang dan bertindak secara benar dan sempurna. Dalam kontels Malaysia, peradaban bangsa mestilah bertunjangkan kepada hasrat melahirkan warga glokal iaitu warga yang berakar nasional dan berakal internasional.
  • Dalam kontels ini, guru berperanan sebagai pembentuk masyarakat berilmu, pemupuk perpaduan, berupaya melahirkan masyarakat berkeyakinan tinggu, mempunyai nilai etika yang kukuh dan mampu bersaing di peringkat global. Menerusi transformasi pendidikan, peradaban bangsa boleh diperkukuh apabila guru melaksanakan peranan mereka untuk menghasilkan modal insan yang memiliki kemahiran memimpin, hidup dalam masyarakat demokratik, adil, altruisme, liberal, bertolak ansur dan penyayang.
  • Guru juga harus mengalas tugas menghasilkan seorang insan yang cemerlang dari segi ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains, teknologi dan ICT, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi serta berupaya berkomunikasi secara berkesan dalam pelbagai bahasa dan mempunyai sahsiah yang positif agar dapat menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga dan negara. Justeru itu guru perlu sentiasa sedia untuk berubah, melaksanakan tugas daripada cara biasa kepada yang luar biasa, berdaya tahan, futuristik dan berfikiran aras tinggi serta world class thinking.
  • Matlamat dan dasar yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam membina Negara Bangsa adalah untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu. Nilai-nilai peradaban ini perlu disemai bernula di peringkat awal pendidikan kanak-kanak lagi,
  • Peranan guru adalah memastikan generasi pewaris negara iaitu anak didik diberikan pendidikan yang tidak berbelah bagi. Aspirasi negara terhadap guru sebagai pembina negara bangsa menuntut komitmen yang tinggi daripada semua warga pendidik.

Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara

!6 Mei setiap tahun, Kenenterian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan sambutan hari guru dengan pelbagai program untuk menghargai pekerjaan guru. Tahun ini perayaan hari guru peringkat kebangsaan akan diadakan di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor..


Semoga bermanfaat..

Terima kasih membaca blogpost Tema Hari Guru 2017 Guru Pembina Bangsa Negara..
 

0 comments

Catat Ulasan