23 September 2017

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Neelofa Dan Alif Satar


Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Neelofa Dan Alif Satar. Saksikan drama terbaru lakonan Neolofa dan Alif Satar yang berjudul Red Velvet. Drama ini yang diadaptasikan dari novel Red Velvet karya Acik Lana. Ia akan ditayangkan menerusi slot MegaDrama di Astro Ria. Selain gandingan mantap mereka berdua, drama ini juga menampilkan peakon seperti Hani Nazrina, Nadya Syahera, Alif Hadi, Hafidz Roshdi, Amira Othman dan ramai lagi. Jadi, baca dulu sedikit Sinopsis Drama Red Velvet..

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Neelofa Dan Alif Satar

Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Neelofa Dan Alif Satar


Helena tidak mempedulikan tohmahan mahupun kata-kata nista orang sekeliling bila dia ingin berkahwin dengan Fareeq yang merupakan suami orang, isteri kepada Suhaila. Perhubungan mereka dapat dihidu oleh Dato Fauzan lalu mencadangkan Helena dihantar ke luar negara untuk menyambung pelajaran.

Helena yang enggan, nekad melarikan diri dan merancang berkahwin dengan Fareeq. Malangnya, Fareeq tidak menepati janjinya menyebabkan Helena kecewa setengah mati.

Dalam mengharungi kehidupannya yang huru-hara, Helena bertemu dengan Izzat yang sinis, ego, berlagak tak bertempat. Semua ini menambahkan kekusutan di kepala Helena. Baker bajet hot yang bekerja di bakeri cabuk itu sentiasa mencari pasal dengan Helena. Ada sahaja yang tak kena di matanya. Dan keadaan semakin tegang apabila keadaan memaksa Helena bekerja dengan Izzat di bakeri yang sama.

Hinggalah, hati mereka bertaut dengan kasih. Namun, rahsia Helena terbongkar sewaktu mereka berdua asyik menyulam cinta.

Ikuti drama Red Valvet selanjutnya di
slot MegaDrama di Astro Ria

Watak Pelakon Drama Red Velvet 

Alif Satar sebagai Izzat
Neelofa sebagai Helena
Hafidz Roshdi sebagai Fareeq
Amira Othman sebagai Suhaila


Baca juga:

 

Drama Red Velvet Lakonan Neelofa Dan Alif Satar


TARIKH / MASA : 2017
SIARAN : MegaDrama (Astro Ria & Ria HD)
PENULIS NOVEL : Acik Lana
PENGARAH : Hadith Omar
TERBITAN : Cube Films
PELAKON : Alif Satar, Neelofa, Hafidz Roshdi, Nina Nadira, Alif Hadi, Nadya Syahera, Hani Nazrina, Amira Othman


Sinopsis Drama Red Velvet Lakonan Neelofa Dan Alif Satar

Novel Red Velvet

Peminat-peminat novel yang belum lagi membaca Red Valvet karya Acik Lana boleh membuat belian secara online di kakinovel atau anda boleh terus ke pautan yang diberikan..

Klik Sini > Novel Red Valvet 


0 comments

Catat Ulasan